Sunday 18 February 2018

Arca Di Olympic Sculpture Park,Seattle - Bahagian 1

Olympic Sculpture Park di Seattle menempatkan himpunan puluhan arca hasil dari artis yang ramai berasal dari Amerika Syarikat. Taman ini dibuka kepada awam secara percuma sepanjang tahun. Kawasan persekitaran taman ini begitu luas dan sesuai juga bagi mereka yang ingin melakukan senaman atau beriadah bersama keluarga. Saya dapat mengenal pasti dua buah arca yang seakan sama dengan arca yang pernah saya lihat di Chicago. Apabila meneliti keterangan arca, memang benar ia adalah hasil dari artis yang sama seperti di Chicago.

Dua gambar pertama di bawah ini dirakamkan di pintu masuk utama, seterusnya gambar-gambar arca disertakan dengan keterangan bertulis di atas batu yang telah saya muat naik mengikut turutan, manakala dua gambar terakhir juga ialah arca tetapi tiada keterangan bertulis.
Nantikan artikel bahagian dua yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube :Shery NN





No comments:

Post a Comment