Tuesday 13 February 2018

Starbucks Reserve Roastery - Kilang Pemprosesan Kopi Di Seattle

Seattle ialah bandar persinggahan terakhir kami sebelum pulang ke Vancouver, Kanada dan mengakhiri kembara musim panas tahun 2017.

Kami mengambil kesempatan melawat ke Starbucks Reserve Roastery and Tasting Room yang dibuka pada tahun 2014 di mana di sini tempat pemprosesan dan pembungkusan biji kopi dilakukan untuk pasaran ke seluruh dunia. Di sini juga para pelawat boleh membeli cenderamata edisi terhad dan berpeluang menikmati pelbagai minuman kopi (berbayar) yang kebanyakannya tidak dijual di cawangan biasa Starbucks.

Semasa lawatan kami pada September 2017, Seattle merupakan satu-satunya cawangan
Starbucks Reserve Roastery and Tasting Room yang ada sebelum cawangan lain dibuka iaitu di Chicago, New York, Shanghai, Tokyo dan Milan.

Pada Disember 2017, cawangan kedua telah dibuka di Shanghai dan ia merupakan yang terbesar di dunia. Gelaran ini tidak akan kekal lama kerana keluasan cawangan di Chicago yang bakal dibuka pada tahun 2019 akan mengatasi cawangan di Shanghai.

Selain gambar-gambar yang dikongsikan di sini, anda juga boleh tonton video bagi merasai pengalaman seperti melawat sendiri ke Starbucks Reserve Roastery and Tasting Room.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;https://youtu.be/MicaN1GnvfM

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

4 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    bestnyerrrr suka giler kopiiiiiiiiiiii nih..hehehehe

    ReplyDelete
  2. wahhhhh seronok lah dapat ke sana

    ReplyDelete